Kumpulan Peribahasa Melayu

  • Kera menegurkan tahinya Arti Peribahasa : orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya;
  • Kera menjadi monyet Arti Peribahasa : serupa sahaja (tiada bedanya);
  • Bagai kera dapat canggung Arti Peribahasa : perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya.
  • Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai Arti Peribahasa : hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani.
  • Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan Arti Peribahasa : tidak mahu mengakui kebenaran
  • Kalau ibu kaya, anak jadi puteri, kalau anak kaya, ibu jadi budak Arti Peribahasa : perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak.
  • Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi Arti Peribahasa : sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah.
  • Orang kaya suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia Arti Peribahasa : orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian).
  • Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang Arti Peribahasa : hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang.
  • Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan Arti Peribahasa : pemimpin yg menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya.
  • Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat Arti Peribahasa : kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yg menambah-nambah kesalahannya.
  • Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn tangan Arti Peribahasa : orang yg tidak sempurna akal fikirannya.
  • Elok kata dlm muafakat, buruk kata di luar muafakat Arti Peribahasa : kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat.
  • Mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata ke hadapan Arti Peribahasa : memungkiri janji dgn tiba-tiba.
  • Katak di bawah tempurung Arti Peribahasa : orang yg teramat picik pengetahuannya.
  • Katak ditimpa kemarau Arti Peribahasa : berkeluh-kesah dgn tidak keruan.
  • Katak hendak jadi lembu Arti Peribahasa : ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb).
  • Alim bagai katak tepi air Arti Peribahasa : orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmunya.
  • Bagaimana hari tak hujan, katak betung dlm telaga berteriak selalu Arti Peribahasa : orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi.
  • Laksana katak , sedikit hujan banyak bermain Arti Peribahasa : orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil.
  • Tak akan ada katak beranak ular Arti Peribahasa : a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai);
  • Terkilap-kilap bagai katak disemburi Arti Peribahasa : tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan.
  • Tiada akan licin katak puru, jika sentiasa berhujan sekalipun Arti Peribahasa : orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok.
  • Sekati sama berat, diuji sama merah Arti Peribahasa : sama tinggi darjatnya.
  • Hidup tidak kerana kaul, mati tidak kerana sumpah Arti Peribahasa : hidup mati terletak di tangan Tuhan
  • Kaut laba dgn siku Arti Peribahasa : sentiasa hendak beroleh untung banyak.
  • Umpama burung tumpang beramai dgn kawan banyak Arti Peribahasa : perihal orang dagang yang tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang.
  • Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yg diadang Arti Peribahasa : tipu muslihat yang tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri.
  • Kayu yg banyak akarnya tak takutkan ribut = kayu yg berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut Arti Peribahasa : orang yg banyak kawan tidak takut akan susah.
  • Bagai kayu lempung ditebuk kumbang tembus-menembus Arti Peribahasa : orang yg lemah mudah dianiayai oleh orang yg berkuasa.
  • Besar kayu besar dahannya = gedang kayu gedang dahannya Arti Peribahasa : apabila banyak penghasilan, besar pula perbelanjaannya.
  • Dimana kayu bengkok, di sanalah musang meniti Arti Peribahasa : tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah yg dimasuki pencuri.
  • Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu Arti Peribahasa : kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan menjadi.
  • Laksana pohon kayu tidak berbuah Arti Peribahasa : ilmu yg tidak diamalkan tidak berguna.
  • Seberat-berat kayu terapung juga dalam air Arti Peribahasa : fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut.
  • Tak kayu jenjang dikeping Arti Peribahasa : dlm keadaan yg serba sukar, segala apa pun dibuat utk mencapai maksud.
  • umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan Arti Peribahasa : nasib malang yg tidak dapat dielakkan lagi.
  • Umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri Arti Peribahasa : orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain.
  • Kayuh sambil bertimba (ke hilir) Arti Peribahasa : dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak.
  • Malu bertanya sesat jalan, malu kayuh perahu hanyut Arti Peribahasa : kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan.
  • Kebat erat membuhul mati Arti Peribahasa : menetapkan sesuatu aturan atau perjanjian yg tidak dapat diubah lagi.
  • Kebat erat-erat membuhul mati-mati Arti Peribahasa : membuat perjanjian hendaklah dgn sempurna.
  • Kebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang Arti Peribahasa : orang yg tetap pendiriannya.
  • Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut Arti Peribahasa : orang yg berani tidak akan menjadi penakut (orang besar tidak akan hilang kekuasaannya)
  • Kecek anak Melaka Arti Peribahasa : gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi).
  • Kecek bagai bunyi merendang kacang Arti Peribahasa : percakapan yg tidak keruan.
  • Kecek bagai ketiak ular Arti Peribahasa : percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan).
  • Kecek berlauk-lauk, makan dgn sambal lada Arti Peribahasa : selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll).
  • Kecil jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa Arti Peribahasa : pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pd orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pd orang-orang muda).
  • Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak Arti Peribahasa : kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yg sukar diubah apabila telah dewasa.
  • Kecong-kecoh bertimbang ciak Arti Peribahasa : setiap dakwaan hendaklah didasarkan pd bukti-bukti yg cukup.
  • Kecubung berulam ganja Arti Peribahasa : sama-sama jahat.
  • Menggetil puncak kedal orang Arti Peribahasa : menyakiti hati orang dgn sindiran atau perbuatan.
  • Laksana kedidi, di mana pantai terjengget-jengget (tercunggit-cunggit) Arti Peribahasa : orang yg sentiasa tidak tetap kelakuannya.
  • Putih dikejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat Arti Peribahasa : keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang.
  • Membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji Arti Peribahasa : mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain.
  • Tidak kekal bunga dikarang Arti Peribahasa : perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya.
  • Kelahi di ekor alahan Arti Peribahasa : memperdebatkan perkara kecil atau perkara yg sudah selesai.
  • Kelahi dalam mimpi Arti Peribahasa : a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja.
  • Kelahi dengan orang tak berambut Arti Peribahasa : berkelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya.
  • Bagai kelahi dlm kapuk (kepuk) Arti Peribahasa : perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan.
  • Kelam disigi, lekung ditinjau Arti Peribahasa : sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama.
  • Seperti kelapa ditebuk tupai Arti Peribahasa : gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda).
  • Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran Arti Peribahasa : terlalu gemarkan sesuatu hingga sanggup membahayakan (membinasakan) diri.
  • Kelekatu hendak terbang ke langit Arti Peribahasa : berkehendakkan atau mengerjakan sesuatu yg tidak mungkin berhasil.
  • Seperti kelekatu masuk api, tidak tahukan mati lakunya Arti Peribahasa : umpama orang yg cintakan sesuatu hingga tidak menghiraukan bahaya.
  • Di mana kelentung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam Arti Peribahasa : di mana ada pemerintahan yg baik, di situ rakyat tinggal tetap dan berbahagia.
  • Seperti keli dua selubang Arti Peribahasa : seorang perempuan yg mempunyai dua orang kekasih.
  • Tidak kelih mau tengok Arti Peribahasa : mahukan hasil (faedah) tetapi tidak mahu berikhtiar utk mendapatkannya.
  • Jahit sudah, kelindan putus Arti Peribahasa : selesai semuanya.
  • Lalu penjahit, lalu kelindan Arti Peribahasa : apabila berhasil usaha yg mula-mula usaha yg berikut pun akan berhasil juga.
  • Tak kelipat perut Arti Peribahasa : tidak boleh menyembunyikan sesuatu atau menyimpan rahsia.
  • Seperti kelopak pandan Arti Peribahasa : menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan.
  • Betisnya seperti kelopak pandan, lehernya seperti gambar dilarik; tinggal kelopak salak Arti Peribahasa : habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm perniagaan)
  • Bagai jawi ditarik keluan Arti Peribahasa : menurut sahaja semuanya.
  • Menjilat keluan bagai kerbau Arti Peribahasa : sangat kecewa (kerana tidak tercapai yg diharapkan).
  • Putus tali putus keluan, putus keluan rampung hidung Arti Peribahasa : perhubungan persaudaraan (kekeluargaan) yg telah putus sama sekali (kerana perselisihan).
  • Bagai keluan bebar petang Arti Peribahasa : berkerumun (berhimpun) beramai-ramai.
  • Keluh(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran Arti Peribahasa : kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan.
  • Salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang Arti Peribahasa : a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah.
  • Apakah gunanya kemenyan sebesar tungku kalau tidak dibakar = sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau Arti Peribahasa : tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain.
  • Gaharu dibakar, kemenyan berbau Arti Peribahasa : memperlihatkan kelebihan supaya dipercayai orang.
  • Kalau kena tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut Arti Peribahasa : kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yg berpanjangan.
  • Kenal-kenal Cina Arti Peribahasa : baru kenal (belum mesra lagi).
  • Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari Arti Peribahasa : murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya).
  • Orang yg kenyang, kalau dijamu dgn lauk yg sedap sekalipun, berkata tawar juga Arti Peribahasa : orang yg tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah.
  • Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut Arti Peribahasa : a) drpd sedikit menjadi banyak; b) perkara kecil dibesar-besarkan.
  • Kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain Arti Peribahasa : manusia berlain-lainan pendapat.
  • Diberi (di) bahu hendak (ke) kepala Arti Peribahasa : diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia terus meminta lagi (bkn seseorang yg dimanjakan).
  • Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan Arti Peribahasa : pada lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali.
  • Silap mata pecah kepala Arti Peribahasa : jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana.
  • Tidak tentu kepala ekor Arti Peribahasa : a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun
  • Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang Arti Peribahasa : sesuatu yg disayangi tetapi merosakkan
  • Kepit daun kunyit Arti Peribahasa : memuji diri sendiri.
  • Kepit kepala harimau Arti Peribahasa : menggertak (menakut-nakutkan) orang dengan mempergunakan nama orang yg berkuasa.
  • Kera dapat (diberi) bunga = bagai keradiberi kaca Arti Peribahasa : mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya.
  • Kera lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan Arti Peribahasa : orang besar-besar yang bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya.
  • Patah kemudi dengan ebamnya Arti Peribahasa : tidak ada harapan lagi.
  • Kena batang hidung sendiri Arti Peribahasa : menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll).
  • Kena-kena spt santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala Arti Peribahasa : sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan.
Hits: 1469